Thursday, June 30, 2011

harga sebuah kesabaran....

kata mak: syg di saat kau di lahirkan mak merasa sangat terluka kerana ada seorang hamba ALLAH mengutuk akan fizikal mu....tapi mak mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa...

kata mak: semasa aku di sekolah rendah, ada seorg hamba ALLAH menyindir aku kerana aku terlalu lemah dalam mengenal bacaan...sedangkan anak nya terlalu lancar dalam mengenal bacaan..

kata mak: aku selalu di bandingkan dengan kelebihan anak seorang hamba ALLAH...aku selalu di perkecilkan...
                maka, mak berkata lagi....syg kamu harus buktikan yang kamu akan berjaya...

kata mak : kamu harus belajar bersungguh-sungguh,jangan jadi macam kami...seorang petani yang setiap hari menahan terik matahari...

kata mak : jangan bercinta selagi kamu belum tamat belajar...( tapi aku melanggar kata-kata mak mgkin kerana aku belum faham)

kata-kata mak banyak membantu aku....aku bangkit dari kesusahan....aku ingin buktikan pada mak dan ayah bahawa aku seorang anak yang dapat membahagiakan mereka..bukan sahaja di dunia tapi di akhirat jua..insyaALLAH...

di saat aku sentiasa dalam kesusahan, tidak pernah aku lupa.....kesusahan banyak mengajar aku erti sabar...aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku di lahirkan di dunia ini dalam kehidupan yang penuh kesukaran...sesungguhnya kesukaran itu adalah suatu nikmat bagi kesenangan...banyak kali aku gagal.....gagal dalam mengejar apa yang aku ingin kan...namun bila aku fikirkan kembali, banyak hikmahnya di sebalik kegagalan itu...aku pernah buat kesilapan yang sangat besar sebagai hamba ALLAH yg lemah....namun aku bersyukur kerana aku di berikan kesempatan untuk mengubah kehidupan ku ke arah yg lebih baik....aku redha dan pasrah di atas masa silam ku....aku harapkan ALLAH akan sentiasa di samping aku....sentiasa bersihkan jiwa aku dengan cahaya keimanan....

mak: saya tidak mampu ingin memberikan wang ringgit yang banyak....namun saya akan sentiasa melimpahkan doa kepada mak dan ayah....saya akan menjadi anak yang solehah kerana anak solehah dapat menjadi jalan kepada ibu dan bapa untuk ke SYURGA ALLAH!! 


islam