Sunday, July 25, 2010

maafkan aku..






maafkan aku wahai kekasih ku...

aku tak mampu untuk menyintai mu sepenuh jiwa...

dek kerana pengalaman lepas yang mengajar aku mencintai sepenuh jiwa..

buat aku takut untuk membuka nya seluas-luas tanah yang terbentang...

tangisan mu pada saat itu...

mampu membuatkan kan rasa kesalku makin bergolak...

mampukah aku memberikan kebahagiaan untuk mu???

sedangkan kau tahu hidup ku masih xcukup bahagia...

hidup ku sentiasa di landa kemurungan....

maafkan aku wahai kekasih ku...

kau adalah yang terbaik yang Allah turunkan buat ku...

namun pada saat kita di temukan...

kau bukan lah cinta yang pertama..

dia telah merampas rasa cinta ini..

tidak ku tahu sampai bila aku harus begini..

sentiasa buat kau kecewa..sentiasa buat kau derita...

sentiasa ku mohonkan jodoh kita..

namun yang berkuasa adalah Allah yang Esa..

kita hanya mampu merancang...

Tuhan yang akan menentukan...

maafkan aku..

aku tak bisa hidup dalam dunia fantasiku....

aku bukan lah yang sempurna dalam tiap perlakuan ku..

pertuturan ku....

semoga kau mengerti wahai puteraku...


25 julai 2010..
















































Wednesday, July 21, 2010

KEBERANIAN..

Keberanian…



Kepada dunia aku laugkan

Kalimah mendayu membelah bulan

Ku junjung obor api kepanasan

Demi menerokah denai-denai penghalang

Meneruskan hidup bertemankan

Keazaman musafir yang rebah tersungkur

Mengheret kehausan di padang pasir..

Bangkitlah wahai musafir

Jangan sesekali kau lusuhkan warna

Keberanian yang telah kau

Ukir di dada lautan…



Ku gengam keringat

Mencurahkan sisa-sisa

Toksik mencemarkan luhurnya

Hati seorang penegak keadilan

Mengangkat darjat seorang pahlawan

Melayari bahtera lautan merah

Memancarkan sinar

Menggegarkan musuh

Merebahkan serangan

Kita mesti berani

Menegakkan keadilan

Menanam jua segala kejahatan

Yang menyesatkan anak-anak adam…

Menjadi penghuni syurga

Ciptaan tuhan…





Tuesday, July 20, 2010

BAYANGAN SEMALAM

Bayangan semalam..


Sebelum aku mengenal erti sebuah kehidupan

Sesaat yang berlalu bagaikan kuntuman bunga

Yang luruh bertaburan

Kelopaknya gugur di cium bumi…

Tapi sejak diriku mengenal erti hidup

Sesaat yang berlalu begitu berharga

Bagaikan sinaran cahaya yang menerangi

Dan mewarnai hidup ini…

Bila ku renung bintang di langit

Terasa ketenangan dan kebahagiaan muncul dalam diri..

Kerdipan bintang amat bererti

Seperti kerdipan dari mata hati

Sungguh pun ia hanya sementara

Tapi kehadirannya amat bererti buat

Mereka yang mengerti….

Berbagai-bagai dugaan dan cabaran

Diharungi bersama-sama

Tika suka atau duka

Tidak pernah di persoalkan

Hanya satu janji dan impian

Untuk terus hidup bersama-sama…

Aku hanyalah gadis desa

Yang inginkan kehidupan yang di penuhi

Dengan warna-warni kebahagiaan..

Hati ini sentiasa di duga

Hanya kesabaran menjadi penawar

Kepada kepahitan yang aku lalui..

Sesungguhnya hidup ku selama ini

Tiada siapa yang mengerti…

Tangisan seorang gadis hanyalah

Tangisan duka bukannya suka..

Tetapi sejak kau hadir sebagai seorang teman..

Terasa suatu kebahagiaan muncul dalam hidupku..

Kesunyiaan yang selama ini

Bertempat di hati…

Telah ku lempar jauh dari sudut hati…

Kesunyiaan itu tidak akan hadir seandainya

Kau masih lagi bertahta di hati…

Namun kerisauan sering menjelma…

Dan terus menghantui fikiran..

Risau seandainya kau pergi dan tangisan

Gadis desa akan kembali…

Sememang nya tidak aku duga kehadiran mu..

Kau hadir tanpa undangan

Dan kau pergi tanpa kebenaran ku…

Namun bagi aku hanya kau seorang

Teman yang mengerti dan

Memahami…
Nukilanku……seribu dalam kenangan…





INDAHNYA CINTA SEORANG TEMAN

  INDAHNYA CINTA SEORANG TEMAN…


indahnya cinta seorang teman... .

menyintai nye lebih dari cintai diri sendiri... ..

menyintai nya lebih dari seorang kekasih... ..

tapi mengapa teman itu seringkali lupa ??

lupakah dia aku yang amat menyayanginya... ..

lupakah dia pengorbanan soerang teman... ...



aku merelakan cinta ku berlayar di tengah lautan... .

aku merelakan diri ini sepi tanpa cinta... ..

kerana aku mengharapakan cinta dari seorang teman... ..

namun sejak peristiwa itu... .

aku di tinggalkan sendirian... .

kerana aku di salahkan merampas nilai sebuah cinta... ...

salah kah aku ??



aku terlalu rindu... ... rindu yang teramat... ..

ingin aku peluk dirinya... ..

ingin kau menangis di sampingnya... ...

namun semakin hari... .aku semakin penat untuk merayu... .

merayukan nilai sebuah persahabatan... ...

aku terlalu tunduk demi seorang insan... .yang ku gelar teman...

setelah lama ku pendamkan perasaan... ...

kini aku tahu... ..

diri ku tidak menjadi pujaan di hati nya...

aku bukan lagi menjadi payung pelindung di sewaktu hujan turun... ..

aku bukan lagi sekuntum bunga penyeri dalam hidup nya...

adakah aku harus melupakan dia ?seorang teman yang amat

aku sayangi... ..



hanya tuhan yang tahu... ..

mungkin aku pernah alpa dengan perasaan...

mugkin aku salah dalam tafsiran... ..

namun aku mengharapkan... .

peluang untuk cinta itu kan bersemi kembali... ..

itulah doa seorang teman... ...

yang sepi tanpa cinta... .

CREATED BY:AYA





KABUS SENJA YANG TENGGELAM

Kabus senja yang tenggelam…..


Tak terpandang dek mata yang sayu…

Tenggelam dalam kabus senja yang kelam…

Waktu itu seseorang dalam di lema rindu….

Dia termenung disebalik alam yang makin kusam….

Dia dalam kebinggungan……

Kemana harus di tuju dalam perjalanan itu….

Melangkah ke jalan yang sehala atau

Mencari jalan yang mati…..atau…

Jalan yang penuh berliku…..

Dia menyapa penuh hampa….

Dia menyentuh angin yang tidak bertiup…..

Dalam dirinya ada perasaan dendam….

Dalam dirinya ada rasa ketakutan….

Bayangan fikirannya penuh dengan penyesalan….

Bila dia menoleh ke belakang….

Ternampak bayang-bayang nya sendiri…

Andainya dia melagkah ke hadapan

Dia ternampak jalan yang terlalu bengkok….

Dan dia sedar dia seorang diri….

Dia lah racun dan dia lah penawar…..

Dalam tawanya ada tangisan……

Dalam esakannya ada doa…..

Andainya kita ketahui siapa dia….

Kita akan tahu dialah seorang insan…

Yang tak pernah berputus asa dalam hidup….

Yang sentiasa menangis tanpa air mata…

Dia tahu apa yang dia perlu cari dalam hidup…..

Dia mencari cinta Allah….

Itulah kerinduannya………

Aku lah insan itu…….

Insan yang mencari jalan kebahagiaan…..

Di sebalik kabus senja yang tenggelam……aya…03/05/2008





PASRAH


Kepasrahan




Sejak itu…aku belajar erti pasrah…

Aku belajar erti pengorbanan…

Aku juga belajar untuk memaksa hati

Menahan titisan salju yang mula mencair…

Bukan terpaksa aku di sini..

Tapi aku rasa lebih terpaksa meninggalkan ayah dan bonda

Yang ingin menagih kasih….

Dari seorang anak yang cukup lemah memandang wajah redup mereka…

Aku termenung tatkala merindui

Setiap cebisan kasih…

Merindui dakapan bonda yang tercinta…

Andainya dia pergi,,

Luruhlah…impian dan harapan..

Ketabahan hati harus aku kuatkan…

Harus aku tanamkan kesabaran…

Doa ku sentiasa mengiringi mu…

Sesungguhnya ibu kaulah permata hati ku…walaupun kau pernah rebah dengan ujian tuhan,namun aku pasti…hanya Dia yang mencipta takdir kita…senyum lah ibu…aku amat merinduimu..datang lah dalam mimpiku..dan peluklah aku…aya





KESEPIAN ANGIN..

Kesepian angin






Kenapa??

Seringkali hadir keraguan di hati…

Kenapa??

Sejarah kenangan itu sering bertandang…

Melayangkan fikiran yang tenang

Tidak cukup segala dugaan menimpa hidup,,

Siapakah yang dapat menghilangkan

Titik-titik hitam itu dalam

Kenangan hidup ku…

Siapa??

Telah ku utuskan hati buat penagih keikhlasan..

Namun,aku jua masih tergapai-gapai

Mencari cinta yang hadir sewaktu dulu….

Dan cinta itu tak kan mungkin

Berulang lagi…

Aku sedar dan bangkit dari mimpi…

Tapi kadang-kadang aku jua rebah ke bumi…

Hidup umpama bunga,

Menjadi tempat persinggahan

Sang kumbang…

Bila ia layu,

Gugurlah ia mendakap sebuah kisah hidup

Yang penuh berliku…

Aku jua insan biasa..

Walaupun aku lari jauh berjuta-juta

Perjalanan hidup

Namun aku tidak mampu lari

Dari hakikat ketentuan tuhan…

Aku mengharapkan satu ketenangan

mewarnai hidupku..

doa seorang gadis perindu

adalah untuk terus berdiri di sini

mencari sekuntum kedamaian hidup….

CREATED BY:AYA





USANG..

Usang…



Di rumah usang itu..

Penuh pengharapan

Beratapkan kasih sayang..

Berdindingkan kerisauan

Mengharapkan secangkir kasih

Dari insan yang di belai

Di tantang bagai minyak yang penuh..

Tergambar telatah anak kecil

Yang bermain di sudut muara…

Terbayang di mata bonda satu harapan…

Agar anak kecilnya

Tidak mewarisi keusangan ini…

Mata yang kuyu penuh makna

Menadah kuntuman doa..

Syukur kehadrat ilahi

Rumah yang usang ini

Masih teguh tempat berlindung..

Lubang-lubang kesengsaraan

Di tutupi oleh kesabaran…

Kerana bonda

Anak kecil tertawa…

Namun tahukah mereka??

Makna dan betapa berertinya

Rumah usang itu…

CREATED BY:AYA





islam