Tuesday, July 20, 2010

USANG..

Usang…



Di rumah usang itu..

Penuh pengharapan

Beratapkan kasih sayang..

Berdindingkan kerisauan

Mengharapkan secangkir kasih

Dari insan yang di belai

Di tantang bagai minyak yang penuh..

Tergambar telatah anak kecil

Yang bermain di sudut muara…

Terbayang di mata bonda satu harapan…

Agar anak kecilnya

Tidak mewarisi keusangan ini…

Mata yang kuyu penuh makna

Menadah kuntuman doa..

Syukur kehadrat ilahi

Rumah yang usang ini

Masih teguh tempat berlindung..

Lubang-lubang kesengsaraan

Di tutupi oleh kesabaran…

Kerana bonda

Anak kecil tertawa…

Namun tahukah mereka??

Makna dan betapa berertinya

Rumah usang itu…

CREATED BY:AYA





No comments:

Post a Comment

islam