Tuesday, July 20, 2010

PASRAH


Kepasrahan




Sejak itu…aku belajar erti pasrah…

Aku belajar erti pengorbanan…

Aku juga belajar untuk memaksa hati

Menahan titisan salju yang mula mencair…

Bukan terpaksa aku di sini..

Tapi aku rasa lebih terpaksa meninggalkan ayah dan bonda

Yang ingin menagih kasih….

Dari seorang anak yang cukup lemah memandang wajah redup mereka…

Aku termenung tatkala merindui

Setiap cebisan kasih…

Merindui dakapan bonda yang tercinta…

Andainya dia pergi,,

Luruhlah…impian dan harapan..

Ketabahan hati harus aku kuatkan…

Harus aku tanamkan kesabaran…

Doa ku sentiasa mengiringi mu…

Sesungguhnya ibu kaulah permata hati ku…walaupun kau pernah rebah dengan ujian tuhan,namun aku pasti…hanya Dia yang mencipta takdir kita…senyum lah ibu…aku amat merinduimu..datang lah dalam mimpiku..dan peluklah aku…aya





No comments:

Post a Comment

islam

There was an error in this gadget