Friday, December 2, 2011

SUATU PENGAKHIRAN...

Tak tahu kenapa dan mengapa..
sudah lama aku mengenali dia..
mungkin hampir 2tahun atau lebih..
di saat perkenalan itu..hati ku kosong..
tiada CINTA...berkali-kali aku cuba buat dia faham...
tapi dia berterusan ingin aku berikan dia peluang
untuk cuba memikat hati aku..
ye...aku tahu,,niat dia baik..
dan dia memang seorang lelaki yang baik...
sanggup berkorban apa sahaja demi aku..
mengikuti semua kehendak ku...
di usia perkenalan ini....
aku tidak jemu meminta DOA...
agar hati ini mulai jatuh CINTA pada nya...
aku BERUSAHA...
menghabiskan masa bersama...
bersiar-siar.....belajar bersama...
bermacam-macam cara....
tapi mengapa HATI ini terlalu degil!!
tiada sedikit pun dapat mengubah apa-apa...menjadi CINTA...
aku pernah menangis di hadapan nya...
kerana merasa bersalah...
tidak dapat membalas kasih sayang nya...
dia kata.....TIDAK mengapa....aku akan terus menunggu..
tapi sampai bila....
sedangkan aku sentiasa berdoa...
JIKA ENGKAU ADALAH JODOH KU..
YA TUHAN HADIRKAN LAH CINTA KU UNTUK NYA...
tapi sehingga saat ini ALLAH masih tidak
memberi jawapan....
segalanya menjadi persoalan...
bukan aku tidak berusaha untuk menyintai MU...
tapi fahami lah....suatu saat aku juga merasa tersiksa..
kerana berterusan memaksa hati aku mencintai MU...
DAN kau berhak untuk mencari
seseorang yang dapat cintai kamu seikhlas hati...
aku tidak yakin lagi..
seandainya aku menerima mu tanpa rela...
kita akan BAHAGIA...
aku takut di pengakhiran nanti..
kita sama-sama akan kecewa...
dan biarlah aku begini...
aku perlukan masa untuk mencari
jawapan di atas setiap persoalan ku...
bukan mudah untuk aku jatuh CINTA..
kerna CINTA itu adalah satu nikmat..
yang bukan senang ALLAH berikan pada HAMBANYA..
jadi..engkau REDHA lah.....
sesungguhnya...HIDUP...MATI....dan JODOH
adalah urusan ALLAH...
kita hanya mampu berusaha..
dan kita tidak MAMPU
melawan KETENTUANNYA...

Friday, September 9, 2011

kenangan silam....

Dia adalah seorang lelaki yang pernah aku kenali...
yang mengajar aku erti cinta dan sayang...
menjanjikan kebahagian sebagai pengakhiran...
terasa dunia ini seakan-akan bergembira meraikan cinta kami...
setiap kata-kata yang di lafazkan
membuat aku merasakan sekuat kepercayaan di taburkan..
mengapa mudah hati ini layu sewaktu matanya memandang..
mengapa aku mudah percaya tanpa rasa curiga...
sakit....hati aku makin sakit
tatkala dia pergi tanpa rasa bersalah....
selepas kemanisan yang ku berikan...
akhirnya racun yang dia berikan....
hanya TUHAN sahaja yang tahu...
betapa derita hidupku...
ingin meneruskan kehidupan yang sudah di ragut bahagia bersama nya...
jika dia tahu aku sangat menyayanginya...
tapi kini yang ada cuma kebencian..
benci di atas suatu kesilapan kerana pernah mengenalinya...
owh TUHAN...berikan lah aku keampunan..
sesunggunya aku hambamu yang sentiasa salah dalam perlakuan....
kenangan silam itu amat menyakitkan..
berikan lah kehidupan baru yang lebih sempurna......

Thursday, August 11, 2011

CINTA PERAHU KERTAS



apakah yang di maksudkan dengan cinta perahu kertas???

cinta perahu kertas adalah sebuah cinta yang dikarang cantik di atas

sehelai kertas....

lalu segala-galanya di luahkan....cinta,rindu,kasih dan sayang....

setelah itu karangan sebuah cinta itu lalu di lipat-lipat menjadi perahu kertas

dan di hanyutkan ke laut...

di dalam hati menyatakan....pergilah dikau cinta...

berlayar bersama perahu kertas..

tidak di ketahui orang...tidak seperti diari..

kadang kala di cerobohi..

mata memandang sehingga perahu kertas itu hanyut

hanyut bersama isi alam di lautan...

sebelum melangkah pergi...

memandang sekilas lalu ke arah perahu kertas

dan berharap agar pergilah ia mencari cinta...

cinta yang hanya sementara...

sesungguhnya cinta perahu kertas sangat bermakna

ia menjadikan kita insan yang menghargai masa

masa yang telah terbuang dek kerana benda yang melalaikan...

kerana itu aku meninggalkan cinta ku bersama perahu kertas..

dan sekarang tiada lagi perahu kertas...

Thursday, June 30, 2011

harga sebuah kesabaran....

kata mak: syg di saat kau di lahirkan mak merasa sangat terluka kerana ada seorang hamba ALLAH mengutuk akan fizikal mu....tapi mak mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa...

kata mak: semasa aku di sekolah rendah, ada seorg hamba ALLAH menyindir aku kerana aku terlalu lemah dalam mengenal bacaan...sedangkan anak nya terlalu lancar dalam mengenal bacaan..

kata mak: aku selalu di bandingkan dengan kelebihan anak seorang hamba ALLAH...aku selalu di perkecilkan...
                maka, mak berkata lagi....syg kamu harus buktikan yang kamu akan berjaya...

kata mak : kamu harus belajar bersungguh-sungguh,jangan jadi macam kami...seorang petani yang setiap hari menahan terik matahari...

kata mak : jangan bercinta selagi kamu belum tamat belajar...( tapi aku melanggar kata-kata mak mgkin kerana aku belum faham)

kata-kata mak banyak membantu aku....aku bangkit dari kesusahan....aku ingin buktikan pada mak dan ayah bahawa aku seorang anak yang dapat membahagiakan mereka..bukan sahaja di dunia tapi di akhirat jua..insyaALLAH...

di saat aku sentiasa dalam kesusahan, tidak pernah aku lupa.....kesusahan banyak mengajar aku erti sabar...aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku di lahirkan di dunia ini dalam kehidupan yang penuh kesukaran...sesungguhnya kesukaran itu adalah suatu nikmat bagi kesenangan...banyak kali aku gagal.....gagal dalam mengejar apa yang aku ingin kan...namun bila aku fikirkan kembali, banyak hikmahnya di sebalik kegagalan itu...aku pernah buat kesilapan yang sangat besar sebagai hamba ALLAH yg lemah....namun aku bersyukur kerana aku di berikan kesempatan untuk mengubah kehidupan ku ke arah yg lebih baik....aku redha dan pasrah di atas masa silam ku....aku harapkan ALLAH akan sentiasa di samping aku....sentiasa bersihkan jiwa aku dengan cahaya keimanan....

mak: saya tidak mampu ingin memberikan wang ringgit yang banyak....namun saya akan sentiasa melimpahkan doa kepada mak dan ayah....saya akan menjadi anak yang solehah kerana anak solehah dapat menjadi jalan kepada ibu dan bapa untuk ke SYURGA ALLAH!! 


Sunday, May 1, 2011

HIDAYAH...



ASSALAMUALAIKUM....




kita hamba ALLAH yg lemah.....

begitu susah untuk mengekalkan kebaikan...

dosa sentisa menghampiri setiap hari....

di sedari ataupun tidak.....

berbicara tentang HIDAYAH....

adakah hidayah itu datang dengan sendirinya

ataupun kita perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah????

ALLAH akan mengurniakan kebaikan kepada hambanya yg berbuat baik...

beramal tanpa ilmu ibarat hidup tanpa jiwa....

jiwa harus di isi dengan makanan jiwa...

apakah makanan jiwa??????

sebelum seseorg itu menerima hidayah, dia terpesong dalam hidupnya...

akan tetapi apabila hidayah datang kepadanya...

dia sedari akan kesilapan silam dan ingin mengubah hidupnya...

bagaimanakah seseorg itu ingin berubah tanpa ada org lain yg menunjuk kan jalan

kepadanya????

adakah dengan berbekalkan dengan AL-QURAN....dengan buku-buku ilmiah

dapat menjadi panduan kepada nya?????

banyak persoalan yg bermain dalam kotak fikiran...

beginilah hidup seseorg yang lemah ilmu agamanya...

dia harus belajar banyak perkara...

dan jika dia hanya berdiam diri tanya dapat menjawab

setiap persoalannya...maka hidupnya akan

terus di hantui kemusykilan....

kita harus berusaha mencari sesuatu yg kita tidak ketahui...

tidak cukup dengan hanya solat,tahu mengaji QURAN....tetapi masih

banyak yg kita kurang pasti......

sebab itulah belajar itu tidak pernah akan tamat....

ilmu itu sangat berguna.....

bukan hanya untuk kita...

tetapi anak-anak kita...

HIDAYAH.....semoga ia akan datang dalam hidup kita...




2.52pm.....2/5/2011

Wednesday, April 27, 2011

saat-saat terakhir sebagai pelajar

Assalamualaikum....


terasa pantas masa berlalu...
sudah hampir 5 tahun menjadi pelajar mahasiswi UiTM...
mengenali ramai kawan-kawan yang pelbagai latar belakang
pelbagai pribadi dan sikap...
pada saat-saat akhir dalam menghadapi final exam, terasa
masa berlalu dengan begitu pantas....
selepas ini kehidupan akan terus berubah...
untuk mencari rezeki masa hadapan..
mungkin banyak lagi cabaran yg harus di tempuhi....
kadang-kadang menimba ilmu itu adalah sesuatu yg menyeronokkan
walaupun pelbagai tekanan sebagai seorg pelajar..
mungkin suatu hari nanti kita akan merindui saat-saat sebagai seorang pelajar.
begitulah putaran kehidupan...
bersyukur pada ALLAH yg telah memberikan kita peluang untuk
mengecapi nikmat kehidupan...
belajar itu tidak ada jalan penamatnya...
kita sentiasa harus menimba ilmu dalam setiap aspek kehidupan...
inilah hasil daripada sebuah kesabaran..
kenikmatan yang tidak terhingga kita rasakan....
semoga ALLAH akan memberikan kita jalan
menuju kejayaan di dunia dan di akhirat...INSYAALLAH...


28/4/2011...12.45pm

Thursday, April 14, 2011

MASJID

Telah lama rasenya tidak menjejak kan kaki ke Masjid untuk sembahyang berjemaah...
semalam mghrib sempat kami berjemaah di masjid bersama pakcik2 dan makcik2...
melangkah masuk ke dalam tempat yang suci...merasakan jiwa terlalu tenang...
zikir-zikir dan kalimah memuji ALLAH membuatkan aku merasa sayu....
mengalir air mata tanpa di sedari.....
menyedari akan banyak kelemahan diri....
merasakan kita manusia yang sentiasa khilaf dalam perlakuan...
yang sentiasa berjanji..dan sentiasa mungkari.....
maafkan hamba Mu yang lemah ini...
banyak yang harus ku pelajari mengenai ilmu mencintai Mu..
harus merasa rendah diri akan kekurangan...
tidak boleh merasa selesa dengan hidup yang hanya sementara...
ku harapkan, agar Iman di hati tidak akan mudah goyah..
dengan kehidupan dunia sekarang yang banyak terpesong....
semoga ALLAH membuka kan pintu hati kita
agar sentiasa melangkah kaki ke MASJID....








Thursday, March 31, 2011

JODOHKU....

Bila termenung seorang diri...
aku mula terfikirkan siapakah jodoh aku????
macam mana rupanya????hensem kah???
walaupun aku punyai seorang kekasih,
tapi bukan bermakna dia adalah jodoh ku.....
aku berpegang pada apa yang ALLAH tetapkan....
hanya DIA yang tahu siapkah jodoh aku.....
bilakah aku akan menjadi seorang isteri.....
aku tidak mampu untuk berjanji...untuk sehidup semati bersama
seorang kekasih....kerana aku tahu kita hambaNYA tidak berhak menentukan...
kita hanya merancang.....
oleh kerana itu aku tidak mahu mempertaruhkan CINTA dalam hati ini....
jika boleh di putarkan kembali masa...
alangkah indahnya jika masa yang telah berlalu
aku isinya dengan CINTA untuk ALLAH....
usahlah di bimbang siapa pun jodoh mu....
percaya lah....
suatu hari nanti akan tiba waktunya....
dua jiwa dan hati menjadi satu..
cinta yang begitu indah akan kau rasakan.....
siapa pun jodoh ku...
aku terima dengan rela hati....ikhlas demi ALLAH...
bagiku...cinta itu boleh disemai......
mungkin dengan ikatan perkahwinan
akan lahirnya CINTA yang tulus dari sanubariku.....
aku redha.......JODOHKU....

Sunday, March 27, 2011

hidup di negeri orang....

YA ALLAH....
rindunya pada kampung halaman....terasa rindu yang sangat mendalam
rindu pada mak dan ayah...
adik...abang and akak...anak buah yang comel...QINA...
hidup di negeri orang tak kan sama dengan tempat lahir...
tempat mainan sewaktu kecil...kanak-kanak....remaja hinggalah sekarang...
sungguh indah setiap kenangan itu...
kenangan itu semua adalah CIPTAAN ALLAH YANG MAHA ESA...
angin pantai yang menghembus...
pokok kelapa yang melambai-lambai
awan biru yang berarak....
sungguh indah bersama mereka...
gelak ketawa bersama....gurau dan senda....
semua itu adalah anugerah ALLAH...
masa tak kan kembali seperti dulu.....
tapi.....kasih sayang dan cinta yang ada dalam diri
tidak akan luak walau sedikit pun.....
I LOVE MY FAMILY SO MUCH........

Saturday, March 26, 2011

pada suatu hari....

pada suatu hari,
aku berjalan dalam mimpi...
ku lihat di hadapan ku ada taman yang sangat indah..
air mengalir begitu tenang..
bunga-bunga mekar yang sungguh wangi...
aku terlalu asyik....
melihat betapa indahnya ciptaan TUHAN....
dan bila aku tersedar dari mimpi itu...
aku termenung sendirian....
adakah SYURGA lebih indah dari itu????
yup....syurga lebih indah dari apa yang aku mimpikan itu....
ALLAH menjanjikan SYURGA yang terindah untuk hambanya yang beriman...
harus bagaimana aku ingin sampai ke situ???
kata hati lagi....
dekatkan diri mu.....dekatkan diri mu...pada ALLAH...
matilah dalam IMAN...
Nescaya hidup mu akan BAHAGIA.....

Sunday, January 16, 2011

IMAN....

" DASYATNYA DOA SEORANG IBU"
Itu adalah sebuah buku yang aku pinjam di perpustakaan...setelah aku membaca di separuh halaman...aku termenung sendirian...betapa banyaknya pengajaran yang aku perolehi....ia mengisahkan betapa dasyatnya doa seorang ibu...ibu yang terlalu istimewa bagi seorang anak..segala kata-kata ibu adalah doa...di dalam buku ini juga mengatakan bahawa..ada seorang hamba ALLAH yang mempunyai 2 orang anak lelaki...seorang anak nya bernama A dan B..A adalah seorang anak yang soleh. dia sangat rajin beribadat kepada ALLAH dan sentiasa di masjid...manakala B adalah seorang anak yang amat buruk perangainya....suka minum arak, berjudi dan berzina...segala keburukan di lakukan olehnya...maka ibu kepada 2 orang anak ini merasa amat sedih dengan sikap anak nya.dia merasa malu kepada penduduk di sana. ibu ini sentiasa berdoa kepada ALLAH agar anaknya B ini terbuka pintu hati untuk bertaubat kepada ALLAH dan di tempatkan dalam golongan syurga...maka pada suatu hari, B termenung sendirian mengenangkan nasib dirinya yang sentiasa melakukan dosa. terniat di hatinya untuk bertaubat di atas segala kesilapan lalu. dia berazam untuk ke masjid bersolat bersama abangnya A..sementara itu abang nya A menjadi mangsa godaan syaitan. syaitan datang berbisik kepadanya wahai A kenapa kau bersusah payah dalam hidup mu...sedangkan adik mu B bersuka ria dengan nikmat dunia...engkau tidak mahu bersuka ria????bukan kah tuhan mu telah berjanji akan memaafkan segala dosa hambanya jika mereka bertaubat...jadi engkau boleh bersuka ria bersama pelacur2 di tempat adik mu berada...dan selepas itu kamu pulanglah bertaubat kepada tuhanmu....seperti yang kita tahu manusia adalah lemah...maka A tadi termakan dngan kata-kata syaitan...dia menganggap bahawa selepas dia menikmati zina bersama pelacur maka dia akan pulang dan bertaubat kepada ALLAH...lagipun dia tidak pernah melakukan kesalahan..A pergilah ke tempat pelacuran dan mencari adiknya..B tadi pergi ke masjid mencari abangnya masing2 tidak di temukan dalam perjalanan..B masuk ke masjid dan dengan linangan air mata telah memohon keampunan dari ALLAH..tetapi A tadi yang asalnya seorang anak yang soleh telah berzina dengan pelacur dan melakukan larangan ALLAH..waktu itu juga telah berlaku gempa bumi yang dasyat dan telah mengorbankan ramai nyawa..keadaan menjadi riuh rendah apabila penduduk menemui mayat A dan B dalan situasi yang menjadi tanda tanya..ibu tadi datang dengan perasaan sedih kerana anak-anaknya terkorban..dan pada saat itu dia merasa menyesal kerana dia terlupa mendoakan untuk anaknya A agar terlindung dari godaan syaitan...dia hanya mendoakan untuk anaknya B agar bertaubat dan beriman....A meninggal dalam keadaan yang sangat hina dalam pelukan seorang pelacur..manakala B yang asalnya buruk perangai meninggal dalam keadaan sujud pada ALLAH...di sini aku mengambil banyak pengajaran....walaupun kita merasakan iman kita sudah terlalu banyak..tapi kita tetap lemah dengan cobaan...namun belum terlambat kepada insan yang mahu bertaubat...kerana taubat menjadikan kita sesuci kain putih....dan kesimpulannya..doa ibu adalah mustajab....!!

Sunday, January 9, 2011

AKU MEMAAFKAN SEGALA KESALAHAN MU....

ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG....

itulah yang menjadi pegangan dalam hidup aku....jika ALLAH boleh memaafkan kesalahan dan dosa hambanya...inikan kita sesama manusia....kita tidak layak untuk menghukum setiap apa yang mereka lakukan...kita jua hanya insan biasa yang sentiasa khilaf dalam perlakuan dan pertuturan....jika ada pun sesiapa di antara kita yang pernah melukai hati ini...telah aku maafkan segala kesalahan mereka...tidak mahu aku menyimpan rasa dendam dan amarah dalam diri....prinsip hidup masih aku kekalkan..iaitu..."jangan lah kita membalas kejahatan dengan kejahatan....berbuatlah kebaikan sehingga kejahatan itu akan terpadam dgn kebaikan"......percayalah jika kita berbuat baik, satu hari nanti mereka akan merasa menyesal dan akan kembali kepada kita....berkat kesabaran adalah suatu nikmat yang tak terhingga ALLAH berikan....jika aku mati pada saat ini, telah ku halalkan segala-galanya....bagi aku biar lah aku menjadi seorang yang sering mengalah...kerana aku tahu aku mampu melembutkan hati orang yang selalu merasakan dia lah raja dalam kehidupan....hidup yang tenang adalah impian ku....tenang dengan rasa syukur pada ALLAH...

Thursday, January 6, 2011

SELAMAT TAHUN BARU...

YA ALLAH AKU MEMOHON KEPADA MU...TAHUN 2011 INI ENGKAU BERIKAN LAH HAMBAMU INI KESEMPATAN UNTUK HIDUP..UNTUK AKU MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG HAMBA YANG SENTIASA MERINDUI MU YA ALLAH...DIRI INI TAHU BAHAWA AKU BUKAN INSAN YANG SEMPURNA..AKU MEMOHON KEPADA MU AGAR BERIKAN LAH AYAHKU KESIHATAN YANG BAIK, MURAHKAN LAH REZEKI KAMI....REZEKI YANG HALAL...JAUHKAN LAH KAMI DARI SEGALA PERKARA BURUK....AKU MEMOHON AMPUN SEGALA DOSA-DOSA KU YA ALLAH...JADIKAN LAH AKU ANAK YANG SOLEHAH YANG DAPAT MENDOAKAN UNTUK IBU DAN AYAH....BUKA KAN LAH PINTU HATI KAMI UNTUK MENGUBAH YANG BURUK KEPADA YANG BAIK...BERIKAN LAH AKU KETENANGAN...KEBAHAGIAAN....KEJAYAAN DALAM PELAJARAN DAN HIDUP DI MASA HADAPAN...JANGAN LAH KAU PESONGKAN HATI INI DARI MENERIMA RAHMATMU YA ALLAH...SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA....

islam