Sunday, January 16, 2011

IMAN....

" DASYATNYA DOA SEORANG IBU"
Itu adalah sebuah buku yang aku pinjam di perpustakaan...setelah aku membaca di separuh halaman...aku termenung sendirian...betapa banyaknya pengajaran yang aku perolehi....ia mengisahkan betapa dasyatnya doa seorang ibu...ibu yang terlalu istimewa bagi seorang anak..segala kata-kata ibu adalah doa...di dalam buku ini juga mengatakan bahawa..ada seorang hamba ALLAH yang mempunyai 2 orang anak lelaki...seorang anak nya bernama A dan B..A adalah seorang anak yang soleh. dia sangat rajin beribadat kepada ALLAH dan sentiasa di masjid...manakala B adalah seorang anak yang amat buruk perangainya....suka minum arak, berjudi dan berzina...segala keburukan di lakukan olehnya...maka ibu kepada 2 orang anak ini merasa amat sedih dengan sikap anak nya.dia merasa malu kepada penduduk di sana. ibu ini sentiasa berdoa kepada ALLAH agar anaknya B ini terbuka pintu hati untuk bertaubat kepada ALLAH dan di tempatkan dalam golongan syurga...maka pada suatu hari, B termenung sendirian mengenangkan nasib dirinya yang sentiasa melakukan dosa. terniat di hatinya untuk bertaubat di atas segala kesilapan lalu. dia berazam untuk ke masjid bersolat bersama abangnya A..sementara itu abang nya A menjadi mangsa godaan syaitan. syaitan datang berbisik kepadanya wahai A kenapa kau bersusah payah dalam hidup mu...sedangkan adik mu B bersuka ria dengan nikmat dunia...engkau tidak mahu bersuka ria????bukan kah tuhan mu telah berjanji akan memaafkan segala dosa hambanya jika mereka bertaubat...jadi engkau boleh bersuka ria bersama pelacur2 di tempat adik mu berada...dan selepas itu kamu pulanglah bertaubat kepada tuhanmu....seperti yang kita tahu manusia adalah lemah...maka A tadi termakan dngan kata-kata syaitan...dia menganggap bahawa selepas dia menikmati zina bersama pelacur maka dia akan pulang dan bertaubat kepada ALLAH...lagipun dia tidak pernah melakukan kesalahan..A pergilah ke tempat pelacuran dan mencari adiknya..B tadi pergi ke masjid mencari abangnya masing2 tidak di temukan dalam perjalanan..B masuk ke masjid dan dengan linangan air mata telah memohon keampunan dari ALLAH..tetapi A tadi yang asalnya seorang anak yang soleh telah berzina dengan pelacur dan melakukan larangan ALLAH..waktu itu juga telah berlaku gempa bumi yang dasyat dan telah mengorbankan ramai nyawa..keadaan menjadi riuh rendah apabila penduduk menemui mayat A dan B dalan situasi yang menjadi tanda tanya..ibu tadi datang dengan perasaan sedih kerana anak-anaknya terkorban..dan pada saat itu dia merasa menyesal kerana dia terlupa mendoakan untuk anaknya A agar terlindung dari godaan syaitan...dia hanya mendoakan untuk anaknya B agar bertaubat dan beriman....A meninggal dalam keadaan yang sangat hina dalam pelukan seorang pelacur..manakala B yang asalnya buruk perangai meninggal dalam keadaan sujud pada ALLAH...di sini aku mengambil banyak pengajaran....walaupun kita merasakan iman kita sudah terlalu banyak..tapi kita tetap lemah dengan cobaan...namun belum terlambat kepada insan yang mahu bertaubat...kerana taubat menjadikan kita sesuci kain putih....dan kesimpulannya..doa ibu adalah mustajab....!!

No comments:

Post a Comment

islam