Friday, December 2, 2011

SUATU PENGAKHIRAN...

Tak tahu kenapa dan mengapa..
sudah lama aku mengenali dia..
mungkin hampir 2tahun atau lebih..
di saat perkenalan itu..hati ku kosong..
tiada CINTA...berkali-kali aku cuba buat dia faham...
tapi dia berterusan ingin aku berikan dia peluang
untuk cuba memikat hati aku..
ye...aku tahu,,niat dia baik..
dan dia memang seorang lelaki yang baik...
sanggup berkorban apa sahaja demi aku..
mengikuti semua kehendak ku...
di usia perkenalan ini....
aku tidak jemu meminta DOA...
agar hati ini mulai jatuh CINTA pada nya...
aku BERUSAHA...
menghabiskan masa bersama...
bersiar-siar.....belajar bersama...
bermacam-macam cara....
tapi mengapa HATI ini terlalu degil!!
tiada sedikit pun dapat mengubah apa-apa...menjadi CINTA...
aku pernah menangis di hadapan nya...
kerana merasa bersalah...
tidak dapat membalas kasih sayang nya...
dia kata.....TIDAK mengapa....aku akan terus menunggu..
tapi sampai bila....
sedangkan aku sentiasa berdoa...
JIKA ENGKAU ADALAH JODOH KU..
YA TUHAN HADIRKAN LAH CINTA KU UNTUK NYA...
tapi sehingga saat ini ALLAH masih tidak
memberi jawapan....
segalanya menjadi persoalan...
bukan aku tidak berusaha untuk menyintai MU...
tapi fahami lah....suatu saat aku juga merasa tersiksa..
kerana berterusan memaksa hati aku mencintai MU...
DAN kau berhak untuk mencari
seseorang yang dapat cintai kamu seikhlas hati...
aku tidak yakin lagi..
seandainya aku menerima mu tanpa rela...
kita akan BAHAGIA...
aku takut di pengakhiran nanti..
kita sama-sama akan kecewa...
dan biarlah aku begini...
aku perlukan masa untuk mencari
jawapan di atas setiap persoalan ku...
bukan mudah untuk aku jatuh CINTA..
kerna CINTA itu adalah satu nikmat..
yang bukan senang ALLAH berikan pada HAMBANYA..
jadi..engkau REDHA lah.....
sesungguhnya...HIDUP...MATI....dan JODOH
adalah urusan ALLAH...
kita hanya mampu berusaha..
dan kita tidak MAMPU
melawan KETENTUANNYA...

Friday, September 9, 2011

kenangan silam....

Dia adalah seorang lelaki yang pernah aku kenali...
yang mengajar aku erti cinta dan sayang...
menjanjikan kebahagian sebagai pengakhiran...
terasa dunia ini seakan-akan bergembira meraikan cinta kami...
setiap kata-kata yang di lafazkan
membuat aku merasakan sekuat kepercayaan di taburkan..
mengapa mudah hati ini layu sewaktu matanya memandang..
mengapa aku mudah percaya tanpa rasa curiga...
sakit....hati aku makin sakit
tatkala dia pergi tanpa rasa bersalah....
selepas kemanisan yang ku berikan...
akhirnya racun yang dia berikan....
hanya TUHAN sahaja yang tahu...
betapa derita hidupku...
ingin meneruskan kehidupan yang sudah di ragut bahagia bersama nya...
jika dia tahu aku sangat menyayanginya...
tapi kini yang ada cuma kebencian..
benci di atas suatu kesilapan kerana pernah mengenalinya...
owh TUHAN...berikan lah aku keampunan..
sesunggunya aku hambamu yang sentiasa salah dalam perlakuan....
kenangan silam itu amat menyakitkan..
berikan lah kehidupan baru yang lebih sempurna......

Thursday, August 11, 2011

CINTA PERAHU KERTAS



apakah yang di maksudkan dengan cinta perahu kertas???

cinta perahu kertas adalah sebuah cinta yang dikarang cantik di atas

sehelai kertas....

lalu segala-galanya di luahkan....cinta,rindu,kasih dan sayang....

setelah itu karangan sebuah cinta itu lalu di lipat-lipat menjadi perahu kertas

dan di hanyutkan ke laut...

di dalam hati menyatakan....pergilah dikau cinta...

berlayar bersama perahu kertas..

tidak di ketahui orang...tidak seperti diari..

kadang kala di cerobohi..

mata memandang sehingga perahu kertas itu hanyut

hanyut bersama isi alam di lautan...

sebelum melangkah pergi...

memandang sekilas lalu ke arah perahu kertas

dan berharap agar pergilah ia mencari cinta...

cinta yang hanya sementara...

sesungguhnya cinta perahu kertas sangat bermakna

ia menjadikan kita insan yang menghargai masa

masa yang telah terbuang dek kerana benda yang melalaikan...

kerana itu aku meninggalkan cinta ku bersama perahu kertas..

dan sekarang tiada lagi perahu kertas...

Thursday, June 30, 2011

harga sebuah kesabaran....

kata mak: syg di saat kau di lahirkan mak merasa sangat terluka kerana ada seorang hamba ALLAH mengutuk akan fizikal mu....tapi mak mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa...

kata mak: semasa aku di sekolah rendah, ada seorg hamba ALLAH menyindir aku kerana aku terlalu lemah dalam mengenal bacaan...sedangkan anak nya terlalu lancar dalam mengenal bacaan..

kata mak: aku selalu di bandingkan dengan kelebihan anak seorang hamba ALLAH...aku selalu di perkecilkan...
                maka, mak berkata lagi....syg kamu harus buktikan yang kamu akan berjaya...

kata mak : kamu harus belajar bersungguh-sungguh,jangan jadi macam kami...seorang petani yang setiap hari menahan terik matahari...

kata mak : jangan bercinta selagi kamu belum tamat belajar...( tapi aku melanggar kata-kata mak mgkin kerana aku belum faham)

kata-kata mak banyak membantu aku....aku bangkit dari kesusahan....aku ingin buktikan pada mak dan ayah bahawa aku seorang anak yang dapat membahagiakan mereka..bukan sahaja di dunia tapi di akhirat jua..insyaALLAH...

di saat aku sentiasa dalam kesusahan, tidak pernah aku lupa.....kesusahan banyak mengajar aku erti sabar...aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku di lahirkan di dunia ini dalam kehidupan yang penuh kesukaran...sesungguhnya kesukaran itu adalah suatu nikmat bagi kesenangan...banyak kali aku gagal.....gagal dalam mengejar apa yang aku ingin kan...namun bila aku fikirkan kembali, banyak hikmahnya di sebalik kegagalan itu...aku pernah buat kesilapan yang sangat besar sebagai hamba ALLAH yg lemah....namun aku bersyukur kerana aku di berikan kesempatan untuk mengubah kehidupan ku ke arah yg lebih baik....aku redha dan pasrah di atas masa silam ku....aku harapkan ALLAH akan sentiasa di samping aku....sentiasa bersihkan jiwa aku dengan cahaya keimanan....

mak: saya tidak mampu ingin memberikan wang ringgit yang banyak....namun saya akan sentiasa melimpahkan doa kepada mak dan ayah....saya akan menjadi anak yang solehah kerana anak solehah dapat menjadi jalan kepada ibu dan bapa untuk ke SYURGA ALLAH!! 


Sunday, May 1, 2011

HIDAYAH...



ASSALAMUALAIKUM....




kita hamba ALLAH yg lemah.....

begitu susah untuk mengekalkan kebaikan...

dosa sentisa menghampiri setiap hari....

di sedari ataupun tidak.....

berbicara tentang HIDAYAH....

adakah hidayah itu datang dengan sendirinya

ataupun kita perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah????

ALLAH akan mengurniakan kebaikan kepada hambanya yg berbuat baik...

beramal tanpa ilmu ibarat hidup tanpa jiwa....

jiwa harus di isi dengan makanan jiwa...

apakah makanan jiwa??????

sebelum seseorg itu menerima hidayah, dia terpesong dalam hidupnya...

akan tetapi apabila hidayah datang kepadanya...

dia sedari akan kesilapan silam dan ingin mengubah hidupnya...

bagaimanakah seseorg itu ingin berubah tanpa ada org lain yg menunjuk kan jalan

kepadanya????

adakah dengan berbekalkan dengan AL-QURAN....dengan buku-buku ilmiah

dapat menjadi panduan kepada nya?????

banyak persoalan yg bermain dalam kotak fikiran...

beginilah hidup seseorg yang lemah ilmu agamanya...

dia harus belajar banyak perkara...

dan jika dia hanya berdiam diri tanya dapat menjawab

setiap persoalannya...maka hidupnya akan

terus di hantui kemusykilan....

kita harus berusaha mencari sesuatu yg kita tidak ketahui...

tidak cukup dengan hanya solat,tahu mengaji QURAN....tetapi masih

banyak yg kita kurang pasti......

sebab itulah belajar itu tidak pernah akan tamat....

ilmu itu sangat berguna.....

bukan hanya untuk kita...

tetapi anak-anak kita...

HIDAYAH.....semoga ia akan datang dalam hidup kita...




2.52pm.....2/5/2011

Wednesday, April 27, 2011

saat-saat terakhir sebagai pelajar

Assalamualaikum....


terasa pantas masa berlalu...
sudah hampir 5 tahun menjadi pelajar mahasiswi UiTM...
mengenali ramai kawan-kawan yang pelbagai latar belakang
pelbagai pribadi dan sikap...
pada saat-saat akhir dalam menghadapi final exam, terasa
masa berlalu dengan begitu pantas....
selepas ini kehidupan akan terus berubah...
untuk mencari rezeki masa hadapan..
mungkin banyak lagi cabaran yg harus di tempuhi....
kadang-kadang menimba ilmu itu adalah sesuatu yg menyeronokkan
walaupun pelbagai tekanan sebagai seorg pelajar..
mungkin suatu hari nanti kita akan merindui saat-saat sebagai seorang pelajar.
begitulah putaran kehidupan...
bersyukur pada ALLAH yg telah memberikan kita peluang untuk
mengecapi nikmat kehidupan...
belajar itu tidak ada jalan penamatnya...
kita sentiasa harus menimba ilmu dalam setiap aspek kehidupan...
inilah hasil daripada sebuah kesabaran..
kenikmatan yang tidak terhingga kita rasakan....
semoga ALLAH akan memberikan kita jalan
menuju kejayaan di dunia dan di akhirat...INSYAALLAH...


28/4/2011...12.45pm

Thursday, April 14, 2011

MASJID

Telah lama rasenya tidak menjejak kan kaki ke Masjid untuk sembahyang berjemaah...
semalam mghrib sempat kami berjemaah di masjid bersama pakcik2 dan makcik2...
melangkah masuk ke dalam tempat yang suci...merasakan jiwa terlalu tenang...
zikir-zikir dan kalimah memuji ALLAH membuatkan aku merasa sayu....
mengalir air mata tanpa di sedari.....
menyedari akan banyak kelemahan diri....
merasakan kita manusia yang sentiasa khilaf dalam perlakuan...
yang sentiasa berjanji..dan sentiasa mungkari.....
maafkan hamba Mu yang lemah ini...
banyak yang harus ku pelajari mengenai ilmu mencintai Mu..
harus merasa rendah diri akan kekurangan...
tidak boleh merasa selesa dengan hidup yang hanya sementara...
ku harapkan, agar Iman di hati tidak akan mudah goyah..
dengan kehidupan dunia sekarang yang banyak terpesong....
semoga ALLAH membuka kan pintu hati kita
agar sentiasa melangkah kaki ke MASJID....








islam