Tuesday, July 20, 2010

KABUS SENJA YANG TENGGELAM

Kabus senja yang tenggelam…..


Tak terpandang dek mata yang sayu…

Tenggelam dalam kabus senja yang kelam…

Waktu itu seseorang dalam di lema rindu….

Dia termenung disebalik alam yang makin kusam….

Dia dalam kebinggungan……

Kemana harus di tuju dalam perjalanan itu….

Melangkah ke jalan yang sehala atau

Mencari jalan yang mati…..atau…

Jalan yang penuh berliku…..

Dia menyapa penuh hampa….

Dia menyentuh angin yang tidak bertiup…..

Dalam dirinya ada perasaan dendam….

Dalam dirinya ada rasa ketakutan….

Bayangan fikirannya penuh dengan penyesalan….

Bila dia menoleh ke belakang….

Ternampak bayang-bayang nya sendiri…

Andainya dia melagkah ke hadapan

Dia ternampak jalan yang terlalu bengkok….

Dan dia sedar dia seorang diri….

Dia lah racun dan dia lah penawar…..

Dalam tawanya ada tangisan……

Dalam esakannya ada doa…..

Andainya kita ketahui siapa dia….

Kita akan tahu dialah seorang insan…

Yang tak pernah berputus asa dalam hidup….

Yang sentiasa menangis tanpa air mata…

Dia tahu apa yang dia perlu cari dalam hidup…..

Dia mencari cinta Allah….

Itulah kerinduannya………

Aku lah insan itu…….

Insan yang mencari jalan kebahagiaan…..

Di sebalik kabus senja yang tenggelam……aya…03/05/2008





No comments:

Post a Comment

islam

There was an error in this gadget