Wednesday, July 21, 2010

KEBERANIAN..

Keberanian…



Kepada dunia aku laugkan

Kalimah mendayu membelah bulan

Ku junjung obor api kepanasan

Demi menerokah denai-denai penghalang

Meneruskan hidup bertemankan

Keazaman musafir yang rebah tersungkur

Mengheret kehausan di padang pasir..

Bangkitlah wahai musafir

Jangan sesekali kau lusuhkan warna

Keberanian yang telah kau

Ukir di dada lautan…



Ku gengam keringat

Mencurahkan sisa-sisa

Toksik mencemarkan luhurnya

Hati seorang penegak keadilan

Mengangkat darjat seorang pahlawan

Melayari bahtera lautan merah

Memancarkan sinar

Menggegarkan musuh

Merebahkan serangan

Kita mesti berani

Menegakkan keadilan

Menanam jua segala kejahatan

Yang menyesatkan anak-anak adam…

Menjadi penghuni syurga

Ciptaan tuhan…





No comments:

Post a Comment

islam

There was an error in this gadget